KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak akan membawa isu Dollah Salleh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran ketua jurulatih Pahang itu didakwa mengeluarkan perkataan kesat selepas tamat aksi menentang Melaka di Stadium Hang Jebat, Jumaat lepas. Bagaimanapun, Dollah akan diberikan peringatan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan reputasinya sebagai tokoh bola sepak tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan, Dollah mengeluarkan kenyataan itu secara tidak sengaja dan tidak menyedari perbuatannya telah dirakam sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Tok Gajah seri 1-1 bertemu Melaka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya