PARIS 28 Feb. – Bekas bintang Manchester United, Memphis Depay akhirnya menamatkan kemarau gol selama tiga setengah bulan selepas menjaringkan gol ketika membantu Lyon menewaskan Caen 3-1 dalam aksi suku akhir Piala Perancis. Pemain kebangsaan Belanda itu tidak menjaringkan gol sejak 10 November lalu ketika melakar kemenangan 4-2 ke atas Guingamp. Jason Denayer dan Maxwel Cornet meletakkan Lyon di depan sebelum Casimir Ninga cuba merapatkan kedudukan pada minit ke-78. Bagaimanapun Depay mengukuhkan kedudukan selepas meledak gol ketiga pasukannya hasil sepakan bola mati ketika permainan berbaki enam minit. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya