LONDON 26 Feb. – Chelsea berharap Kepa Arrizabalaga dapat mempelajari sesuatu selepas penjaga gol itu meminta maaf dan dikenakan denda gajinya dipotong untuk seminggu disebabkan tindakan yang dilakukannya ketika final Piala Liga. Arrizabalaga mengalami kekejangan otot ketika permainan menghampiri masa tambahan menentang Manchester City dan bos Chelsea, Maurizio Sarri membuat keputusan untuk menggantikannya dengan Willy Caballero. Bagaimanapun Arrizabalaga enggan dikeluarkan sehingga menyebabkan Sarri berang. Bagaimanapun kedua-dua individu tersebut memaklumkan insiden itu berlaku disebabkan salah faham. Chelsea tewas 3-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan dalam masa penuh permainan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya