KUALA LUMPUR 28 Feb. – Kerajaan bercadang untuk memansuhkan pengambilan pekerja ekspatriat di bawah pakej gaji kategori ketiga (pendapatan di bawah RM5,000) untuk bekerja di negara ini. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bagaimanapun berkata, perkara itu perlu dibincangkan dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan muktamad. Beliau malah berkata, golongan pekerja ekspatriat di bawah pakej gaji kategori kedua (pendapatan antara RM5,000 hingga RM9,999) juga mungkin akan diambil langkah yang sama. Menurut Kula, langkah itu bagi memastikan lebih ramai rakyat tempatan mengisi kekosongan pekerjaan di bawah kategori tersebut pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya