KOTA BHARU 19 Feb. – Sokongan Pas kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan kerana parti itu mahu mengalih perhatian selepas terpalit dengan dakwaan menerima dana RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sokongan itu juga bukan kerana parti itu menerima desakan mana-mana pihak, sebaliknya atas faktor kedudukan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang dipercayai sedang diganggu gugat. “Tidak ada kaitan (isu siasatan dana RM90 juta) sebab perkara itu sudah disiasat dan didapati tidak berlaku. Jika SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya