BAGAN SERAI 19 Feb. – Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bagan Serai termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Bersatu negeri. Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Bagan Serai, Ismail Bakar berkata, desakan lapan bekas Ketua Bahagian Bersatu negeri ini termasuk dari Bagan Serai yang mahukan Ahmad Faizal meletakkan jawatan, tidak menggambarkan suara di peringkat akar umbi. Sebaliknya, kata beliau, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan Ahmad Faizal sebagai peneraju utama sekali gus menolak sebarang anasir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya