MAKASSAR 21 Feb. – Calon Naib Presiden, Ma’ruf Amin mengingatkan mengenai bahaya berita palsu dan pembohongan yang dilihat berupaya memecahbelahkan bangsa Indonesia. TribunNews melaporkan, penularan berita palsu disumbangkan oleh pihak-pihak yang sengaja ingin menyampaikan maklumat dengan cara yang salah. Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung boleh menyebabkan demokrasi dan Perlembagaan Indonesia menjadi kacau-bilau yang akhirnya menyaksikan rakyat saling bergaduh atau bermusuhan antara satu sama lain. “Sehubungan itu, berita palsu perlu dicegah serta-merta kerana pembohongan hanya membawa kepada perbuatan atau tindakan yang tidak seharusnya dilakukan. “Perbuatan menyimpang itu boleh mengheret manusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya