JOHOR BAHRU – Gara-gara berang isteri meminta cerai, seorang pemandu teksi bertindak memukul anak perempuannya yang berusia sembilan tahun menggunakan rotan di rumah mereka di Jalan Tengah Stulang Baru di sini, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berkenaan turut bertindak memukul isterinya menggunakan al-Quran di kepala sebanyak tiga kali. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, polis menerima laporan daripada isteri suspek mendakwa anak tirinya dipukul oleh suaminya. “Menurut keterangan yang diberikan oleh isteri suspek kejadian berlaku pada pukul 3 petang. Anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya