KOTA BHARU 25 Feb. – Bekas penjaga gawang skuad negara tahun 1960-an, Awang Isa, 73, meninggal dunia awal pagi tadi. Awang Isa Awang menghempuskan nafas terakhirnya pada pukul 4 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit kanser sejak tahun lalu. Solat jenazah akan dilalukan selepas solat zohor di Masjid Telipot. Selain bermain bola sepak, Allahyarham pernah menjadi jurulatih penjaga gol untuk pasukan Kelantan pada tahun 1993.-UTUSAN ONLINE.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya