MUNICH 16 Feb. – Niko Kovac mengakui pasukannya terganggu dengan aksi menentang Liverpool ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Augsburg dalam aksi Bundesliga. Pengendali Bayern itu mengakui tekanan yang dihadapi pasukannya menjelang aksi penting saingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang juara Eropah lima kali itu. Bayern terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali dalam pertemuan menentang Augsburg dan turut ketinggalan seawal 13 saat perlawanan berlangsung menerusi jaringan sendiri Leon Goretzka. Kingsley Coman meledak dua gol penyamaan sebelum David Alaba melengkapkan kemenangan Bayern. Kemenangan itu menyaksikan Bayern kini ketinggalan dua mata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya