MADRID 17 Feb. – Lionel Messi berjaya menyempurnakan salah satu daripada dua sepakan penalti untuk pendahulu La Liga itu menumbangkan Real Valladolid 1-0, manakala Antoine Griezmann menyamai jumlah jaringan Fernando Torres kepada gol ke-130 untuk Atletico Madrid. Kecergasan Messi terus diuji sehingga ke hari ini selepas jadual padat minggu lalu. Bagaimanapun bintang Argentina itu tidak berdepan masalah untuk berada selama 90 minit di atas padang di Camp Nou, dengan tetap berjaya meledak gol ketiga puluhnya bersama Barca buat musim ke-11 berturut-turut. “Kami tidak bermain dengan baik. Ia terbukti dalam perlawanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya