Banduan Pakistan dibunuh dalam penjara India - Utusan Malaysia

Banduan Pakistan dibunuh dalam penjara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAIPUR 20 Feb. – Di tengah-tengah ketegangan antara Pakistan dan India berikutan serangan di Kasmir yang mengorbankan 41 tentera minggu lalu, seorang banduan India pula membelasah seorang tahanan Pakistan sehingga mati di Penjara Tengah Jaipur, barat Rajasthan, hari ini. Lapor AFP, mangsa yang menjalani hukuman penjara seumur hidup baharu lapan tahun berada di penjara itu. Jurucakap polis, Kapil Garg memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertengkaran kecil yang kemudiannya menyebabkan suspek berang dan membelasah mangsa bertubi-tubi sehingga mati. -AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya