Kehadiran Aisyah Aziz hampir enam tahun dalam industri muzik bagaikan ‘tenggelam timbul’. Sekejap ada, sekejap tiada. Namun, Aisyah secara terus terang mengakui situasi tersebut berpunca daripada dirinya sendiri yang terlalu mengikut perasaan akibat kegagalan dalam hubungan cinta. Akibatnya banyak memberi kesan tidak baik kepada kerjayanya. “Saya akui nama Aisyah Aziz seperti tenggelam timbul. Apabila menyanyi dalam mana-mana acara anugerah nama saya kembali disebut, tapi kemudian hilang terus sehingga muncul semula pada acara lain,” katanya. Situasi itu berulang-ulang sehingga empunya badan setuju jika ramai mengatakan dia tidak konsisten dalam kerjaya mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya