WASHINGTON 27 Feb. – Tentera Amerika Syarikat (AS) meramalkan keupayaan tentera Rusia akan meningkat pada 2028, diikuti rapat oleh China sekitar 2030. Lapor Reuters memetik pegawai tertinggi Pentagon, Setiausaha Mark Esper sebagai berkata, AS akan mengurangkan, membuang atau menagguhkan hampir 200 program senjata dan memberi fokus kepada dana pelaburan keupayaan senjata bagi mengatasi tentera Rusia serta China. Rusia dan China telah meningkatkan keupayaan tentera mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini manakala AS ‘sibuk’ bertempur dengan pengganas di Asia Barat.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya