Antara kebetulan atau memang sengaja ditunjuk Tuhan, ketika golongan antivaksin semakin menunjukkan belangnya dan keperluan vaksin hangat diperdebat, nyawa seorang kanak-kanak di negara ini melayang bahana jangkitan difteria nun di selatan tanah air Khamis lalu. Kanak-kanak berusia dua tahun itu disahkan meninggal dunia akibat difteria di Johor Bahru, Johor. Dia dilaporkan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria sejak lahir. Difteria penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Ia merupakan salah satu vaksin lima serangkai yang patut diambil dengan lengkap pada bulan-bulan tertentu pada awal kelahiran bayi. Selain difteria, vaksin lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya