BANGKOK 28 Feb.- Seorang anggota polis berpangkat koperal diberkas kerana menyeludup dan menjual 11 pucuk pistol dari bilik simpanan di pejabat polis Ayutthaya Disember tahun lalu. Memetik laporan Bangkok Post, Ketua Polis Nasional, Manu Mekmok berkata kes tersebut melibatkan seorang pegawai, Santi Jabthian yang bertugas di pejabat polis tersebut. Penyiasat mempercayai kesemua pistol jenis Sig Sauer 9 milimeter (mm) P320s yang ditandakan dengan simbol polis, diseludup keluar dari bilik simpanan berkenaan.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya