SEREMBAN 20 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak berkecil hati dengan tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan ucapan beliau semasa liputan siaran langsung majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di sini Ahad lalu. Katanya, beliau akur dengan hak agensi peryiaran milik kerajaan itu untuk berbuat demikian. “Saya tidak tahu ucapan saya tidak disiarkan dan hanya mendengar mengenainya selepas majlis malam itu selesai. “Saya tidak fikir ia adalah satu isu kerana mungkin program itu telah diatur sedemikian rupa. Terpulang kepada mereka. Tak ada masalah bagi saya,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya