landskap industri hiburan di Malaysia jarang memperlihatkan penganjuran konsert berskala mega oleh penyanyi rap atau pemuzik genre hip-hop. Jika ada sekali pun, kelompok penyanyi yang dilabel sesetengah pihak sebagai penghibur bertaraf urban tersebut hanya dijemput untuk memeriahkan majlis anugerah atau sekadar menyanyi mengisi acara-acara hiburan. Situasi sebegitu mungkin disebabkan pendirian dan kurangnya keyakinan penganjur untuk menjual muzik sedemikian, tambahan pula khalayak pemuja muzik hip-hop tempatan tidak seramai pencinta muzik pop, balada atau genre yang lain. Bagaimanapun, pemilik nama yang begitu ikonik dengan muzik rap tanah air, Altimet tidak pernah memandang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya