HULU LANGAT 26 Feb. – Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali mengakui terlewat untuk meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kerana tertinggal pas calon yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurutnya, beliau telah tiba di pintu pengawal Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batallion Ke-4, Semenyih sejak pukul 8.50 pagi namun tidak dibenarkan masuk kerana tidak membawa sekali pas calon miliknya. “Ada sedikit masalah, pas calon saya ini berada bersama dokumen-dokumen lain di dalam sebuah lagi kereta yang telahpun bergerak ke Kuala Lumpur,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya