KUALA LUMPUR 19 Feb. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menafikan memberi arahan kepada pembantunya untuk mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan ucapan menteri semasa liputan siaran langsung majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Seremban baru-baru ini. Beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Lim Swee Kuan adalah pandangan peribadinya dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menyiasat. ‘‘Ia hanyalah aduan peribadi, saya telah pun bercakap dengannya (Swee Kuan) selepas insiden itu,’’ kata beliau selepas majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya