KUANTAN – Hanya kerana selisih faham, seorang lelaki bertindak menikam kakaknya berusia 56 tahun beberapa kali sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kemanusur, Bentong dekat sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Otman Nayan berkata, mangsa, Fan Suik Moi meninggal dunia di Hospital Temerloh selepas hampir lapan jam kejadian itu berlaku akibat pendarahan yang serius di beberapa kawasan tikaman di badannya. “Polis sebelum itu menerima laporan pada pukul 10.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan terdapat satu kes pergaduhan melibatkan adik beradik di sebuah rumah di Kampung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya