KUALA LUMPUR 27 Feb. – Alasan untuk mementingkan bahasa asing kerana ingin memenuhi kehendak semasa sehingga mengabaikan bahasa induk atau bahasa Kebangsaan merupakan satu tafsiran salah dan mengelirukan. Kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepentingan bahasa induk harus dipertahankan dan buktinya setiap ketamadunan yang segar sentiasa mengangkat bahasa induk sendiri tanpa menutup peluang bagi menguasai bahasa lain. Meskipun disedari terdapat kelompok yang menganggap usaha memperkasakan bahasa Melayu sesuatu yang meremehkan, beliau mahu sikap itu dibuang dan memastikan bahasa tersebut tidak diabaikan dalam arus pembangunan moden. “Saya mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya