KOTA BHARU – Tiga lelaki membawa sebanyak 999 kilogram (kg) daun ketum dari Kedah ke negeri ini dengan dua buah kenderaan ditahan secara berasingan di Jeli dekat sini pada Isnin lalu. Dalam operasi pada pukul 2.30 petang itu, suspek berusia 23 dan 46 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dikesan di kawasan Kampung Bukit Pak Mud, Jeli. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek memecut kenderaan sebelum terbabas selepas melanggar kereta polis dua kilometer dari lokasi mereka cuba meloloskan diri.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya