JAKARTA 26 Feb. – Kira-kira 50 orang penduduk Desa Awar-awar, mukim Asembagus di daerah Situbondo, Jawa Timur keracunan selepas menikmati jamuan soto ayam pada satu majlis yang diadakan di sebuah rumah penduduk, semalam. Detik News melaporkan, menurut penduduk, mereka merasa pening dan mual sejurus pulang ke rumah masing-masing sebelum mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran. Jurucakap polis Asembagus, AKP Hariyono berkata, warga yang dipercayai keracunan adalah sebanyak 49 orang. “Setakat pukul 1.30 pagi hari ini, kesemua mangsa sudah dibenarkan pulang,” katanya. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya