LONDON 19 Feb.- Seramai 34 pendatang yang cuba menyeberangi Selat Inggeris dengan menaiki sebuah bot kecil ditahan pasukan penyelamat Britain, semalam. Lapor AFP, Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua 34 individu yang ditahan ketika pihak penguasa melakukan rondaan kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen di Pulau Dover untuk disoal siasat. Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan mengenai kewarganegaraan pendatang itu. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya