MERBOK 23 Feb. – Kira-kira 300 orang penduduk dari beberapa buah kampung termasuk Kampung Bujang, Pekan Merbok dan Tanjung Dawai, di sini menyertai himpunan aman bagi menyuarakan masalah bekalan air dihadapi mereka yang masih berlarutan sehingga kini. Bantahan anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok itu bagi mendesak pihak berkaitan mengatasi masalah berkenaan yang disifatkan mereka mengganggu urusan seharian. Ketua Pemuda Pas Kawasan Merbok, Mohamad Zahir Abdul Halim berkata, bekalan air ke rumah penduduk masih terputus sehingga hari ini. “Pelbagai masalah timbul apabila bekalan air tiada dari pagi hingga ke malam,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya