OUAGADOUGOU 25 Feb. – Kira-kira 30 suspek militan dibunuh oleh tentera Burkina Faso menerusi operasi darat dan udara di timur negara ini pada minggu lalu. Burkina Faso merupakan sebahagian daripada kempen ketenteraan diketuai oleh Perancis terhadap kumpulan militan di Sahel. Menurut kenyataan tentera, pasukan khas, tentera dan unit tentera udara menyerang militan di Kombienbiga, Kabonga dan beberapa wilayah lain di bahagian timur negara ini pada Selasa dan Rabu minggu lalu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya