KUALA LUMPUR 17 Feb. – Dua individu termasuk Papagomo sudah dipanggil bagi membantu siasatan insiden mencekak leher Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Saujana Impian, Kajang, semalam. Difahamkan, setakat ini seorang daripada dua individu terbabit yang juga merupakan Ketua Pemuda sebuah parti sudah memberikan keterangan manakala Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dijangka hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, petang ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat daripada semua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya