GUWAHATI, India 24 Feb. – Sekurang-kurangnya 150 orang maut dan banyak dimasukkan ke dalam hospital setelah minum samsu haram yang bertoksik di timur laut India menjadikan kejadian kedua dalam bulan ini. Reuters melaporkan, jumlah mangsa tersebut berdasarkan laporan diterima dari tiga hospital di bahagian timur Assam. Menurut Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarma, pihaknya mempunyai lebih 170 orang dimasukkan ke dalam hospital dengan pesakit baharu dibawa daripada kawasan berhampiran. “Sesetengah pesakit mengalami komplikasi setelah dua hari minum samsu berkenaan. “Kami telah menghantar sampel samsu untuk pemeriksaan forensik mengenal pasti kandungannya,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya