KEPALA BATAS 28 Feb. – Kawasan paya bakau di Kuala Muda di sini terus menjadi sarang kepada penagih untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang itu meskipun beberapa kali diserbu polis sebelum ini. Terbaru, seramai 15 lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan di kawasan itu di Kampung Bakau Tua ketika sedang khayal akibat menagih dadah. Kesemua mereka ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Utara (SPU) dalam Ops yang bermula pukul 3 petang semalam hingga awal pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya