BEKAS Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah merupakan wartawan zaman konfrantasi yang mengetuai usaha mematahkan dakyah Presiden Sukarno menjalankan kempen ‘Ganyang Malaysia’ kerana membantah pembentukan Malaysia. Malah, kejayaan itu juga membawa Melan ke Tokyo Jepun pada tahun 1963 untuk membuat liputan khas rundingan menamatkan konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia antara Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Presiden Sukarno. Sebagi seorang nasionalisme, tugas beliau bukan sekadar seorang wartawan akhbar Utusan Melayu malah beliau memainkan peranan yang proaktif untuk menyedarkan rakyat supaya mereka bersama-sama mempertahankan negara ini daripada gerakan subversif akibat kempen Sukarno…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya