ZAMAN pendudukan Jepun di Tanah Melayu mencatat sejarah apabila akhbar Utusan Melayu buat pertama kalinya tidak diterbitkan pada 15 Februari 1942 apabila pihak British menyerah diri di Singapura. Menurut A. Samad Ismail melalui rencana bertajuk “Hubungan Persuratkhabaran Dengan Pemerintah” yang di siarkan dalam Mastika terbitan Ogos 1957, akhbar Utusan Melayu hilang wataknya sebagai akhbar kebangsaan yang tulen semasa pendudukan Jepun. “Akhirnya Berita Malai menggantikan kedua-duanya Utusan Melayu dan Warta Malaya,” tulis A. Samad Ismail. Pada 16 Februari tahun itu, Utusan Melayu diterbitkan semula atas desakan pihak Jepun tetapi bergabung dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya