SEBANYAK 11 buah sekolah di wilayah Guizhou, China telah memperkenalkan set pakaian uniform sekolah yang dilengkapi dengan cip mikro bagi mengesan dan memantau murid-murid bukan sahaja ketika berada di sekolah, bahkan sewaktu di luar waktu persekolahan. Uniform sekolah canggih itu diperkenalkan oleh syarikat teknologi tempatan, Guizhou Guanyu dengan memasang dua cip mikro pada bahagian kedua-dua belah bahu pakaian. Cip mikro yang dipasang itu dilengkapi dengan sistem kedudukan sejagat (GPS) bagi membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa memantau aktiviti murid-murid pada setiap masa. Ia akan memantau setiap pergerakan dan kedudukan murid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya