PULAU PINANG 1 Jan. – Pengguna motosikal di kedua-dua jambatan di negeri ini boleh menarik nafas lega selepas tidak lagi perlu membayar tol bermula selepas tengah malam ini. Pemansuhan tol itu susulan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng ketika pembentangan Bajet 2019 di Dewan Rakyat baru-baru ini. Keputusan itu turut melibatkan pemansuhan tol motosikal di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor-Singapura. Kadar tol motosikal bagi Jambatan Pulau Pinang sebelum ini adalah RM1.40 manakala Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) RM1.70 sehala. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di plaza tol Jambatan Pulau Pinang di sini mendapati kakitangan PLUS Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya