Saudara pengarang,Masalah sampah-sarap di kawasan permainan lama di jalan masuk ke Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang sudah semakin tidak terkawal dan dibuang sesuka hati. Boleh dilihat sampah-sarap dan pelbagai sisa buangan dibuang di hadapan kawasan itu dipercayai dilakukan orang luar. Antaranya sofa, perabot lama, karpet, barang elektrik rosak, sisa binaan, kayu lama, batu-bata, tilam dan bantal buruk dilonggokkan selain juga berselerakan. Terdapat juga kesan perabot lama dibakar dan pemandangan di situ bukan sahaja menyakitkan mata tetapi menimbulkan bau terutama kepada penduduk setempat. Selain itu longgokan sampah tersebut turut menjadi tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya