KUANTAN 25 Jan. – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) akan menganjurkan program derma darah di pusat beli-belah di ibu negara bertujuan membantu meningkatkan bekalan darah Pusat Darah Negara (PDN). Pengarah (Pentadbiran) Peka, Syed Azemmant Ab. Hamid berkata, program khidmat sosial itu akan diadakan sempena cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan. Katanya, objektif utama program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan di samping…










