BANGKOK 23 Jan. – Raja Thailand telah mengeluarkan perintah diraja supaya pilihan raya umum pertama negara ini diadakan sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 2014. Menurut pihak istana, tarikh pengundian akan diumumkan segera. Dekri yang diterbitkan dalam warta diraja itu mengarahkan pilihan raya diadakan bagi memilih anggota Parlimen manakala Suruhanjaya Pilihan Raya diberi tempoh lima hari untuk mengumumkan tarikh berkenaan. Pilihan raya tersebut pertama kali diadakan setelah pentadbiran Yingluck Shinawatra digulingkan junta hampir lima tahun lalu. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya