KUALA LUMPUR 11 Jan. – Kerajaan disaran menangguhkan keputusan menaikkan kadar tarif air dan memberi fokus kepada usaha-usaha memperkemas sistem air bersih di negara ini terlebih dahulu. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kualiti air pada ketika ini masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara lain dan tindakan menaikkan tarif itu adalah tidak wajar. Menurutnya, selain menjejaskan pengguna berikutan kenaikan kadar itu, kerajaan bagaimanapun perlu memperhebat program pendidikan kepada rakyat dengan mengambil langkah penjimatan air secara total. NADZIM JOHAN “Melihat kepada situasi sekarang ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya