KUALA TERENGGANU 7 Jan. – Cuaca baik sejak awal pagi mendorong orang ramai kembali berkunjung ke pantai Batu Buruk di sini selepas hampir beberapa hari pantai peranginan itu lengang berikutan tempias ribut tropika Pabuk. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai bertumpu ke lokasi itu mulai pukul 3 petang, sebagaimana kelaziman setiap kali hujung minggu bagi melakukan aktiviti riadah bersama keluarga masing-masing, malah aktiviti perniagaan juga beroperasi seperti biasa dengan gerai jualan kembali dibuka. Rata-rata pengunjung dilihat mematuhi larangan yang ditetapkan pihak berkuasa dengan tidak melakukan sebarang aktiviti mandi-manda, sukan air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya