KUALA NERUS – Bagi Nadia Khairun Nisa Yusof, berada di samping seekor kerbau bernama Awang memberikan satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa. Keakraban gadis berusia 17 tahun itu dengan Awang tidak ubah seperti kata pepatah ‘bagai isi dengan kuku’. Nadia sudah bersahabat dengan Awang sejak bapanya, Yusof Mohammad, 47, membeli kerbau balar berwarna merah jambu yang ketika itu baru berusia setahun daripada seorang penternak di Kuala Berang hingga anak gadis tersebut mendapat jolokan ‘Gadis Kerbau Pink’. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya