KUALA LUMPUR 24 Jan. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang melaksanakan kajian semula kedudukan dominan dan monopoli terhadap beberapa perusahaan di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail berkata, kajian tersebut dilakukan di bawah Jawatankuasa Kajian Semula Dasar Monopoli Perkhidmatan dan Pembekalan. Tambah beliau, antara kajian semula yang dilakukan di bawah jawatankuasa tersebut adalah perkhidmatan yang dibekalkan oleh My EG Services Bhd. (MyEG). “MyCC akan terus mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan kedudukan dominan atau monopoli oleh sebarang perusahaan di dalam pasaran. “Kami akan terus memastikan pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya