BAGAN SERAI 14 Jan. – Genap seminggu, mangsa ribut di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah dekat sini, kini menarik nafas lega apabila kediaman mereka boleh diduduki semula. Rumah mereka yang mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung telah dibaik pulih hasil keprihatinan kerajaan negeri yang memberi bantuan segera. Seorang mangsa golongan kurang upaya (OKU), Faridah Khairuddin, 44, berkata, pemasangan bumbung baharu itu melegakan hatinya selepas seminggu ditempatkan di pusat pemindahan. “Lepas ini saya boleh mengemas rumah dan uruskan kembali bekalan elektrik yang dimatikan demi keselamatan keluarga. “Kerosakan bumbung rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya