BIBIRNYA sudah seringkali menzahirkan kata maaf. Jika dihitung, jumlahnya sama banyak dengan kesilapan dan kekhilafan yang dilakukan berulang-ulang kali. Banyak beranggapan Fathia Latiff ini tidak pernah serik. Satu per satu kontroversi diciptanya sehinggakan akhirnya padah menimpa diri. Dipulaukan hampir semua orang, kena ‘gam’ oleh stesen televisyen termasuk diboikot oleh orang industri sehingga periuk nasinya terjejas teruk, dia hampir hilang mata pencarian. Agak lama berdepan dengan keadaan itu, Fathia tahu rata-rata orang sudah berputus asa dengan dirinya. Wanita ini seringkali mensia-siakan peluang kedua, ketiga malah untuk kesekian kalinya. Mengakui ‘sakit’ dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya