Kertas A4 berwarna-warni yang menimbuni almari di dalam rumah di Rawang, Selangor itu direnung Laily Abdul Hamid. Itu semua tinggalan kerja-kerja buku skrap atau tugasan sekolah anak-anaknya. Kepalanya ligat memikirkan apa yang patut dibuat dengan kertas-kertas itu. Hendak dibuang sayang, apatah lagi tabiat membazir memang tiada dalam kamus hidupnya. Seperti mana suri rumah-suri rumah yang lain, Laily juga tidak betah duduk diam di rumah. Lantas dia mengambil kertas-kertas itu dan tidak semena-mena darah seni yang mengalir di dalam tubuhnya kembali ‘diaktifkan’. Itulah kisah permulaan segalanya pada 2012. Kisah tentang seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya