AUBURN HILLS, Michigan – Satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland di sini mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal. Lazimnya, wanita mencukur sebanyak mungkin bulu pada tubuh mereka. Namun, kajian berkenaan menyarankan mereka untuk tidak mencukur atau mencabut bulu kening. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu meminta kira-kira 1,000 responden lelaki menilai sebilangan gambar wanita untuk memilih imej yang mempunyai daya tarikan. Hasilnya, imej wanita berkening tebal menjadi pilihan berbanding dengan mereka yang mencabut bulu kening. Ramai selebriti yang mengikuti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya