HADIRNYA dalam arena jurugaya rambut umpama magis pari-pari yang mengubah Cinderella menjadi tuan puteri. Sentuhan kreatifnya bukan sahaja menjadikan peragawati ternama seperti Naomi Campbell, Cindy Crawford dan Linda Evangelista sebagai ikon gaya rambut tetapi turut menjenamakan persona selebriti terkenal, Jennifer Lopez, Rihanna serta Scarlett Johansson. Mendiang Oribe Canales merupakan seorang legenda dalam dunia dandanan dan jurugaya rambut di arena fesyen serta hiburan antarabangsa. Perginya merupakan satu kehilangan besar dalam arena fesyen dan kecantikan di Amerika Syarikat. Dia disahkan meninggal dunia pada 16 Disember tahun lalu pada usia 62 tahun selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya