BANGKOK 31 Jan.- Gabenor, Aswin Kwanmuang merayu bantuan setelah beberapa kaedah yang dilaksanakan gagal mengatasi krisis pencemaran udara di sini. Kwanmuang menyuarakan kekecewaan dan mengarahkan semua sektor dalam kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian. “Saya tidak tahu semua perkara, oleh itu saya menjemput semua untuk membantu. “Rakyat akan mengkritik jika kita tidak ambil apa-apa tindakan,” katanya. Jerebu melanda Bangkok sejak beberapa minggu lalu, mengakibatkan beberapa langkah mengejut termasuk penutupan sekolah dilaksanakan. Pihak berkuasa turut melaksanakan pembenihan awan, semburan air dan mengeluarkan perintah larangan pembakaran kemenyan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya