JOHANNESBURG 30 Jan. – Sekurang-kurangya enam ekor haiwan mati terkena renjatan elektrik selepas ribut menumbangkan kabel elektrik di Taman Negara Kruger, baru-baru ini. BBC melaporkan, enam haiwan itu termasuk seekor badak sumbu, zirafah serta dua ekor singa dan dubuk mati selepas terkena renjatan elektrik. Media tempatan melaporkan, badak sumbu dan zirafah terkorban dahulu diikuti singa dan dubuk ketika mereka cuba makan bangkai haiwan lain. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya