USAHA memerangi pemberontakan revolusi bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) secara terbuka di Tanah Melayu antara faktor utama kerajaan menggubal Undang-Undang Darurat pada 7 Julai 1948. Berdasarkan Undang-Undang Darurat 1948, pihak kerajaan diberi kuasa penuh untuk bertindak mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam kegiatan komunis. Malah, pihak kerajaan juga berkuasa menangkap tanpa bicara sesiapa jua yang dianggap mengganggu atau menggugat keamanan dan keselamatan negara termasuk akan dikenakan perintah ‘dibuang’ daerah atau buang ke negeri lain. Kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya