SUNGAI PETANI 14 Jan. – Seorang lelaki yang disyaki anggota Geng 36 Kuala Muda dan amat dikehendaki kerana terlibat dengan 14 kes jenayah, maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di Jalan Kuala Ketil di sini hari ini. Dalam kejadian itu, individu dikenali sebagai Mageswaran, 28, dikatakan cuba melarikan diri dengan sebuah kereta semasa dikejar polis menghala ke Kampung Jerong di sini, pada pukul 5.45 pagi. Walau bagaimanapun setibanya di lokasi tersebut, kereta Toyota Vios itu hilang kawalan dan terbabas lalu terhumban ke dalam sebatang parit. Ketua Jabatan Siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya